PERMULAAN KEHIDUPAN YANG BARU!!!

Tanggal (bukan buka) 10 Disember 2011, dengan 2 kali lafaz aku selamat diijabkabulkan dengan isteri aku (xkan isteri korang lak). Kehidupan aku mula berubah. Dulu ada duit Rm 5 makan nasi sorang-sorang. sekarang ni Rm5 makan berdua. Tapi aku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah kurniakan aku seorang isteri yang baik. Alhamdulillah... Kehidupan berumahtangga memang best. Sekarang aku dah tak payah pening-pening kepala memikirkan kat mana aku nak beraya tiap2 tahun.. hehehehe.. walaupun masih berjauhan, tapi aku tetap bersyukur. Setiap rasa rindu aku terhadap isteri dan juga rasa rindu isteri aku terhadap aku, Allah telah janjikan pahala. Alhamdulillah. Sesungguhnya aku memang manusia biasa yang terlalu banyak melaukan dosa. ish! ish! ish!.. Sekarang ni aku terpaksa berulang alik dari KL ke N9 untuk berjumpa dengan isteri aku. walaupun jauh, tapi tidak menjadi halangan buat aku. kerana aku sentiasa rasa bahagia bila disampingnya.

hehehehe.... yang ayat atas ni mukadimah jer. sebab aku dah lama tak update blog ni. sbb mmg jenis aku xsuka sangat kongsi hal peribadi dengan orang lain. tp oleh kerana aku terpengaruh dgn blogger2 yang best, so aku pun terpanggil untuk create blog... muahahahaha.. anyway.. aku sebenarya nk ucap jutaan terima kasih kepada yang telah bersusah payah datang meraikan dan memeriahkan majlis kitorg. Kepada yang belum kawin tu, insyaAllah, kitorg takkan lupa kan korg. tapi serius dowh... kawin la cepat2.. best... semua ada orang amik berat. ada tempat korang nk "luahkan" sesuatu, atau rasa, cerita... semua boleh. rasa lega bila dapat luahkan.. mmg sifat lelaki ni suka pendam.. tu yg ramai kena sakit jantung tu (agaknyer la). nk g keje ada org gosak baju, ada org kejut subuh (kalau xsedar bunyi jam.) semua tu korg akan dapat bile korang dah bergelar suami.

apa aku merepek panjang2 ni aku pun xtau.. anyway, insyaAllah ada masa dan ruang aku akan coret lagi. sebelum terlupa, lepas kawin korang akan rasa hapy giler2 punya happy, bile korang sebenarnya bakal jadi seorg ayah ( :D ) macam aku. Aku bersyukur sangat2.. buat isteri aku yang tercinta, i luv u so much, walau apa pun yang berlaku, abang dah maafkan segala2nya semenjak abang melafazkan "aku terima nikah......" abg terima segala kekurangan dan kelemahan sayang. semoga tabah menjadi seorg isteri dan bakal ibu yang baik. aminnnnn....

7 mac 2010 - Tanjung Karang. aku kembali ke rumah tak berpenghuni setelah lama aku tak datang ke cni... sgt lama, ada la dlm 3-4 tahun.. rumah arwah atok dan nenek aku yg telah tiada. byk kenangan aku kat umah ni. tiap2 hari jumaat, aku akan ikut atok naik motor honda 60 lampu bulat ke pasar mlm. pasar mlm kat kampong best giler. mcm2 yg aku jumpa. atok aku mmg penjimat. lighter ada 2 jer, xpenah beli lain (bukan utk hisap rokok, utk bakar pelita dgn sampah) sbb kat pasar tu ada refill. yg paling best, 'pecal'... perhhh!!! mmg sedap gile, pure jawa made... cukup rasa..sampai skrg aku xjumpa lgi pecal yg macam tu..
yg aku ingt lg, time banjir... air naik sampai paras lutut aku (umur 7 tahun). air sungai naik melimpah.. best siut... mcm2 benda yg aku wat dgn air banjir tu. semua yg boleh terapong aku hanyutkan. ada la lg 2-3 org sepupu.. banjir ni kerap gak la berlaku. setahun ada la 2-3 kali.. sebb utk dekat dgn sungai dan kawasan rendah.

aktiviti aku waktu cuti kat sini, pagi, bgn, sarapan, tgk tv... dah hbs katon, aku g ke parit depan umah... mencuba nasib dgn memancing. tp xdpt sbb xde ikan... ikan sepat mana makan pancing. agak2 aku dah bosan, g umah pakcik aku kat bvelakang umah. agak jauh gak la, jln kaki ada la 15 minit.. yg bestnyer aku akan melalui jln kebun, mmg muat ut tayar basikal jer. keliling mmg gelap sbb pokok kelapa dgn pokok koko byk gile (atok aku ni keje kampong jer) sampai umah pakcik aku, aku tgk tv lg... layan anak buah, pastu g ke sungai.. tak jauh sbb naik beskal tua... waktu ni dah petang dah... aktiviti utama, mandi sungai!... alasan yg sepupu aku bg kat mak dia " mak, abg nk g mandi sungai mak, nak belajar berenang". mmg mak dia percaya... bile dah sampai sungai, bukan berenang jer, menyelam, berkubang, cari kulit siput dan byk lagi aktiviti yg tak penah terlintas utk dilakukan... dah la aku tak tau berenang masa tu... aku agak2 ada la 1 jag air sungai tu aku tegok... huhuhuhuhu... masin... puas mandi, g cari lauk utk mkn mlm... siput sedut... fresh dari akar pokok bakar... byk gak la dapt... ada la seguni.... huh!! best btl pengalaman aku akt kg ni....

tp tu dulu.... 20 tahun dulu... sekrg dah byk yg berumah... hurmmm.... tiada yg kekal didunia ni.. arwah tok aku dah xde, pakcik dgn makcik dah pindah.. hurmm... yg tinggal hanya kenangan (mcm lagu pun ada)... byk lg sebnrnyer, tp aku lupa... ni jer yg terlintas masa aku ada kat sini... nanti aku ingt aku tulis lg... aku tulis ni pon sbb dah lm sgt tak tulis blog... see yaaaa... dah kol 12.00 mlm... aku nk tdr... zzzzzzzzzzzz

meng'renovate' umah



LOKASI : UMAH BAPAK AKU
PELAN UMAH : BAPAK AKU
ENGINEER : BAPAK AKU
KONTRAKTOR : AKU DGN ABG AKU
CATERING : KAKAK IPAR AKU.

PROGRES2 PEMBESARKAN BERANDA DAN RUANG TAMU UMAH AKU. Lepas ni boleh la cucu2 bapak aku nak melompat2.. kalo tak, huh!! bergegar umah.. mcm nk roboh... alhmdlh, ada rezeki ckit2.
Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan
harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam... Mungkin
kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan
seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati
untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa
kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang
datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati
atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan
bukan untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian
lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan
nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu,
sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan
rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah
seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang
berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang
tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang
terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka
dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak
boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru
Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak
tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang,
mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi
peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun
tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak,
bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk
orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu ayat." (Riwayat Bukhari)


Di luah mati mak, Ditelan Mati bapak.... ermm... xkan nak kunyah jer kot...


mmg sukar nak buat pilihan. adeh la... kalau bdn aku leh belah kan senang. 2-2 dapat. xyah nak gaduh2, xde rasa xpuas ati . ermm.. mcmn yer? ops!!! korang jgn salah paham lak. Aku bukan cite pasal PEREMPUAN ok!!! ni pasal keje.. susah gak sebenarnya adik beradik kepala bisnes nih.. pening gak aku. ermm.. xpe, ni soal masa depan, aku rasa aku perlu wat keputusan sendiri. tp aku still takut..... takut salah wat keputusan... xpe, aku berserah padaNya... Ermm... xpelah.. aku rasa aku patut mencuba.. lebih elok gagal mencuba dari tak cuba langsung.. walaubagaimanapun, gambar diatas xde kena mengena dgn apa yg aku post. tu design latest aku untuk taman rehat kat SEKOLAH..

Ibuku seorang pembohong

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik.
Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi..
Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak.
Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih denagn beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.


Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih saying ibu yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" – PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.


Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta saya tidak perlukan lelaki." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.


Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.


Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara.

Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.

Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta.

Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap ajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menhadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus.

Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebi dari segala-galanya, tapi tidak pernah sealipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu. Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…