PERMULAAN KEHIDUPAN YANG BARU!!!

Tanggal (bukan buka) 10 Disember 2011, dengan 2 kali lafaz aku selamat diijabkabulkan dengan isteri aku (xkan isteri korang lak). Kehidupan aku mula berubah. Dulu ada duit Rm 5 makan nasi sorang-sorang. sekarang ni Rm5 makan berdua. Tapi aku bersyukur kepada Yang Maha Esa kerana telah kurniakan aku seorang isteri yang baik. Alhamdulillah... Kehidupan berumahtangga memang best. Sekarang aku dah tak payah pening-pening kepala memikirkan kat mana aku nak beraya tiap2 tahun.. hehehehe.. walaupun masih berjauhan, tapi aku tetap bersyukur. Setiap rasa rindu aku terhadap isteri dan juga rasa rindu isteri aku terhadap aku, Allah telah janjikan pahala. Alhamdulillah. Sesungguhnya aku memang manusia biasa yang terlalu banyak melaukan dosa. ish! ish! ish!.. Sekarang ni aku terpaksa berulang alik dari KL ke N9 untuk berjumpa dengan isteri aku. walaupun jauh, tapi tidak menjadi halangan buat aku. kerana aku sentiasa rasa bahagia bila disampingnya.

hehehehe.... yang ayat atas ni mukadimah jer. sebab aku dah lama tak update blog ni. sbb mmg jenis aku xsuka sangat kongsi hal peribadi dengan orang lain. tp oleh kerana aku terpengaruh dgn blogger2 yang best, so aku pun terpanggil untuk create blog... muahahahaha.. anyway.. aku sebenarya nk ucap jutaan terima kasih kepada yang telah bersusah payah datang meraikan dan memeriahkan majlis kitorg. Kepada yang belum kawin tu, insyaAllah, kitorg takkan lupa kan korg. tapi serius dowh... kawin la cepat2.. best... semua ada orang amik berat. ada tempat korang nk "luahkan" sesuatu, atau rasa, cerita... semua boleh. rasa lega bila dapat luahkan.. mmg sifat lelaki ni suka pendam.. tu yg ramai kena sakit jantung tu (agaknyer la). nk g keje ada org gosak baju, ada org kejut subuh (kalau xsedar bunyi jam.) semua tu korg akan dapat bile korang dah bergelar suami.

apa aku merepek panjang2 ni aku pun xtau.. anyway, insyaAllah ada masa dan ruang aku akan coret lagi. sebelum terlupa, lepas kawin korang akan rasa hapy giler2 punya happy, bile korang sebenarnya bakal jadi seorg ayah ( :D ) macam aku. Aku bersyukur sangat2.. buat isteri aku yang tercinta, i luv u so much, walau apa pun yang berlaku, abang dah maafkan segala2nya semenjak abang melafazkan "aku terima nikah......" abg terima segala kekurangan dan kelemahan sayang. semoga tabah menjadi seorg isteri dan bakal ibu yang baik. aminnnnn....

3 ulasan:

  1. i love you, abg... :) sori lewat nak tulis kat sini hehhehe.. insya Allah pas ni kite kene kongsi RM 5 utk 3 org plak kan.. :p

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. sedih sangat... i still love you, walau cinta yg abg tulis di post abg ni da hilang... i try to wait for u... its hard to move on... mgkn ini dugaannya... tp terima kasih sbb sy tau abg pernah sygkan sy...

    BalasPadam